Rabu, 13 Januari 2010

TUGASAN DPLI # 1

16
PENGAJARAN & PEMBELAJARAN MATEMATIK

PENGAJARAN
- Didefinasikan sebagai sesuatu tugasan dan aktiviti yang diusahakan bersama oleh guru dan muridnya. Pengajaran ini adalah dirancangkan guru secara sisitematik dan teliti untuk melaksanakannya dengan kaedah dan teknik mengajar yang sesuai, membimbing, menggalak dan memotivasikan murid supaya mengambil inisiatif untuk belajar, demi memperolehi ilmu pengetahuan dan menguasai kemahiran yang diperlukan.

PEMBELAJARAN - Merupakan proses memperolehi ilmu pengetahuan atau kemahiran”. Mengikut Robert M. Gagne (1970) dalam The Condition of Learning, pembelajaran merupakan “perubahan tingkahlaku atau kebolehan seseorang yang dapat dikekalkan, tidak termasuk perubahan yang disebabkan proses pertumbuhan”.

Mengikut Woolfolk (1980) dalam Educational Psychology for Teachers, pembelajaran dilihat sebagai perubahan dalaman yang berlaku kepada seseorang dengan membentuk perkaitan yang baru, atau sebagai potensi yang sanggup menghasilkan tindak balas yang baru.

Apakah Objektif Pengajaran & Pembelajaran Yang Berkesan?

Objektif PENGAJARAN dan PEMBELAJARAN yang berkesan ialah apabila setiap pelajaran yang telah diajar dapat difahami, dianalisis, dibuat perbandingan, dinilai dan diaplikasikan oleh pelajar tersebut ke dalam situasi yang berbeza.

Bagaimanakah Objektif Ini Dapat Diterapkan Ke Dalam Sistem Pengajaran & Pembelajaran Matematik?

Apakah "Tools" Atau Alat Bantu Mengajar Yang Boleh Diguna Pakai Dalam Pembelajaran Matematik?

Artikel 1 :

http://josie653.tripod.com/kdp.htm


Peranan Komputer Dalam Pendidikan Matematik

Era perkembangan teknologi masa kini mempengaruhi setiap bidang kehidupan. Aspek teknologi telah digabungkan dalam kurikulum sekolah sebagai satu daya usaha ke arah menyemai dan memupuk minat serta sikap yang positif terhadap perkembangan teknologi. Budaya persekolahan seharusnya diubah daripada sesuatu yang berdasarkan memori kepada yang berpengetahuan, berpemikiran, kreatif,dan penyayang dengan menggunakan teknologi terkini ( KPM, 1997 ). Atas alasan inilah pihak kerajaan melalui Kementerian Pendidikan berhasrat untuk mengujudkan Sekolah Bestari yang sekali gus bertindak mengisi agenda perancangan , dan perlaksanaan Koridor Raya Multimedia ( Multimedia Super Corridor atau MSC ). Perlaksanaan Sekolah Bestari akan membuka ruang seluas-luasnya kepada teknologi komputer yang akan membolehkan fleksibiliti dan kepelbagaian dibina dalam sistem pendidikan. Suasana ini akan mengurangkan jurang peluang antara mereka yang berada dan berupaya menggunakan teknologi terkini di rumah, dengan mereka yang kurang berada ( KPM, 1997 ).


Baca Lagi...

Artikel dipetik: mujahid.tripod.com

Artikel 2 :

Pengajaran Dan Pembelajaran Matematik Berbantukan Komputer: Keberkesanan Perisian “The Geometer’s Sketchpad”
Untuk Tajuk Penjelmaan

oleh
Nor Hayati Bt. Hj. Mt. Ali
Institut Perguruan Darulaman, Jitra
mntami@yahoo.com

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan untuk menguji keberkesanan perisisan “The Geometer’s Sketchpad” (GSP) bagi Tajuk Penjelmaan Matematik Tingkatan 2 di Sekolah Menengah Kebangsaan Jitra (SMKJ), Kedah Darul Aman. Kajian ini menggunakan reka bentuk kuasi eksperimen. Seramai 68 orang pelajar yang dipilih daripada dua buah kelas tingkatan 2 dilibatkan dalam kajian ini. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah satu set soalan ujian pencapaian matematik bagi Tajuk Penjelmaan yang terdiri daripada 20 soalan aneka pilihan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa min pencapaian ujian pra bagi kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan masing-masing tidak berbeza secara signifikan. (t=1.83, p>.05). Seterusnya dalam ujian pasca, didapati min pencapaian kumpulan kawalan dan min pencapaian kumpulan rawatan berbeza secara signifikan (t=2.58, p<.05). Maka dapatlah disimpulkan bahawa penggunaan bahan bantu mengajar berbantukan komputer melalui perisian GSP telah memberi kesan positif ke atas pengajaran dan pembelajaran matematik untuk Tajuk Penjelmaan Matematik Tingkatan Dua. Baca Lagi..

16 Response to TUGASAN DPLI # 1

14 Januari 2010 pada 4:57 PG

Sila berikan ulasan anda terhadap artikel ini. Ulasan yang baik dan bernas diharap dapatlah dikongsikan bersama rakan pengikut yang lain. Terima Kasih.

19 Januari 2010 pada 2:36 PG

Salam..
Penggunaan komputer untuk matapelajaran Matematik sangat diperlukan supaya guru memudahkan pelajar cepat faham khususnya topic Penjelmaan. Pergerakan objek bergerak@ perubahan seterusnya menjelmaan sebagai imej dapat ditunjukkan kepada para pelajar. Ini akan memudahkan guru dan pelajar dalam proses P&P.

7 Februari 2010 pada 3:28 PG

Pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer (PPBK) dengan menggunakan perisian GSP adalah berkesan untuk Tajuk Penjelmaan Matematik Tingakatan Dua. Disebabkan perisian GSP boleh mempertingkatkan skor pencapaian serta minat para pelajar dalam mata pelajaran matematik, maka guru-guru matematik seharusnya dapat menggunakan perisian GSP ini khususnya untuk pengajaran dan pembelajaran bagi Tajuk Penjelmaan Matematik Tingakatan Dua.
Cadangan penggunaan perisian GSP dapat dilanjutkan ke atas tajuk-tajuk yang berkaitan dengan geometri, trigonometri, algebra dan sebagainya di semua peringkat persekolahan.GSP merupakan satu perisian khusus yang dapat digunakan untuk membina rajah-rajah geometri, melukis garisan, mengukur panjang, sudut dan mengira perimeter, luas dan lain-lain.Melalui perisian GSP, para pelajar akan dapat belajar secara kendiri dan ini akan membantu mereka untuk mengingati sesuatu konsep dalam mata pelajaran matematik dengan lebih berkesan.

7 Februari 2010 pada 4:54 PG

Pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer (PPBK) dengan menggunakan perisian GSP adalah berkesan untuk Tajuk Penjelmaan Matematik Tingakatan Dua. Disebabkan perisian GSP boleh mempertingkatkan skor pencapaian serta minat para pelajar dalam mata pelajaran matematik, maka guru-guru matematik seharusnya dapat menggunakan perisian GSP ini khususnya untuk pengajaran dan pembelajaran bagi Tajuk Penjelmaan Matematik Tingakatan Dua.
Perisian GSP mempunyai beberapa kelebihan dalam pengajaran dan pembelajaran matematik. Sebagai contoh, ia boleh digunakan untuk meneroka pelbagai rajah baru tanpa memadam atau melukis semula rajah berkenaan.Perisian GSP merupakan salah satu alat teknologi maklumat yang mampu membantu guru untuk menyampaikan isi pengajaran. GSP merupakan satu perisian khusus yang dapat digunakan untuk membina rajah-rajah geometri, melukis garisan, mengukur panjang, sudut dan mengira perimeter, luas dan lain-lain.Ia juga dapat diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran translasi, pantulan, putaran dan pembesaran, di samping dapat membuat pengiraan dan pengukuran dengan lebih cepat dan tepat.

7 Februari 2010 pada 6:25 PG

Assalamualaikum warahmatullah..

Mengikut satu tesis pelajar UPM yang telah saya baca berkaitan dengan sejauh mana penggunaan komputer dan perisian di kalangan guru daerah Temerloh, majoriti guru setuju komputer adalah abm terbaik ajar matematik tapi, nak buat persediaan ketelitian sebelum mengajar tu "tak dan" atau tak sempat. Kekangan masa tu disebabkan banyak bebanan tugas guru selain daripada mengajar. Daripada kajian tersebut,majoriti guru menggunakan buku teks atau lembaran kerja. Apatah lagi keadaan kita di sekolah bawah kelolaan YIK ni yang kekurangan kemudahan komputer, kemahiran guru guna komputer pun tak ramai.Rasanya kalau cuba digunakan tanpa preparation yang terlebih awal akan jadi buang masa pulak. Setuju tak Kak Ni?

10 Februari 2010 pada 4:58 PTG

terima kasih di atas komen rakan-rakan semua...

10 Februari 2010 pada 5:02 PTG

K.ny setuju dengan apa asima cakap...memang masa yang kita ada adalah terhad...nak pasang komputer lagi...ambil masa la...selain tu...kelengkapan nak tayang @ guna LCD dlm kelas...kalau boleh pun dalam bilik2 tertentu je..mcm kat makmal..kat bilik tayang...tempat pun terhad...

17 Februari 2010 pada 3:12 PG

Salam..
Saya bersetuju dengan pendapat asima dan k.ny. Selari dengan perkembangan teknologi maklumat ini, penggunaan komputer sebagai BBM dalam pengajaran matematik adalah sesuatu yang paling baik kerana dapat memperkembang dan memperkayakan lagi tajuk yang diajar oleh guru. Tetapi,ianya tidak dapat dijalankan kerana menghadapi kekangan masa.

19 Februari 2010 pada 9:10 PTG

assalamualaikum...

Pada pendapat saya teknologi sekarang menuntut bayak kemudahan ict perlu dibekalkan disekolah2. Namun hasrat pengajaran menggunakan ict bukanlah mudah untuk dilaksanakan,ia memerlukan kelengkapan alat komputer yang mencukupi di dalam bilik darjah.

19 Februari 2010 pada 9:12 PTG

Salam...
Penggunaan It dalam pengajaran dan pembelajaran adalah amat baik dan sesuai dari segi hambatan masa untuk memberi nota secara tradisional kepada pelajar. Kelemahannya adakah semua guru dan pelajar mampu menggunakan item-item yang berkaitan dengan IT dalam pengajaran dan pembelajaran, tidak kira untuk subjek apa sekalipun, ada kebaikan dan keburukannya.

19 Februari 2010 pada 9:39 PTG

assalamualaikum...

Penggunaan ict dalam pengajaran di sekolah amatlah baik namun perlaksanaannya sukar kerana tidak semua sekolah memmbekalkan peralatan ict (komputer) yang mencukupi.

21 Februari 2010 pada 6:12 PG

Assalamualaikum...
pada pendapat saya penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah bagus namun tidak semua sekolah dapat menikmati proses pembelajaran sebegini kerana tidak semua sekolah mempunyai bantuan komputer yang mencukupi.

21 Februari 2010 pada 6:33 PG

Alhamduliltlah...akhirnya ulasan saya 'terpublish' jugak...sebenarnya dah dekat 10 kali saya memberi komen di dalam artikel ini tapi nampaknya ada saja aranye..
hemmm pada pandangan saya penggunaan ict dalam proses pengajaran dan pembelajaran amatlah bagus namun kerana tidak semua sekolah mempunyai kemudahan komputer yang mencukupi jadi perlaksanaannye kurang berkesan dan masih ditakuk lama iaitu masih menggunakan white board atau black board....kan? kan? kan?

6 Mac 2010 pada 6:06 PG

saya menyokong penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran matematik di setiap sekolah. Namun, sebelum penggunaan ICT diperkenalkan secara menyeluruh, kajian terperinci harus dilakukan di segenap sudut tentang kebaikan dan kemungkinan keburukan yang akan timbul jika kaedah ini hendak dilaksanakan. perkara lain yang harus diambil perhatian ialah tentang kecekapan guru dalam penggunaan ICT dan kebolehterimaan murid topik yang diajar dengan kaedah pembelajaran berbantukan komputer.

8 Mac 2010 pada 11:30 PTG

salam..saya amat bersetuju dengan penggunaan ICT dalam proses P&P dalam melangkah era serba canggih. Kaedah ini dapat menarik minat para pelajar yang kurang berminat untuk menghadapi satu-satu pembelajaran terutama mata pelajaran yang sukar. Guru dapat mempelajari selok belok ICT dan proses P&P dapat dijalankan dengan seronok dan memberi kesan yang baik.

11 Mac 2010 pada 10:01 PTG

salam alaik
saudari Mathny
pada pendapat saya penggunaan perisian Sketch Pad ada bagusnya dalam topik Penjelmaan. Ini kerana perisian ini lebih senang dan menarik minat pelajar berbading penggunaan kaedah konservatif iaitu guru perlu melakar pada papan hitam atau papan putih. Sukar juga untuk pelajar memahaminya. Namun begitu penggunaan perisian ini memerlukan komputer yang mencukupi untuk digunakan oleh pelajar. Persoalannya sekarang, adakah bilangan komputer yang disediakan di sekolah mencukupi?

Catat Ulasan